2 hari yang lalu, aku menonton Buletin Utama di televisyen. Kisah "Jenayah Cinta Siber" begitu menarik perhatianku. Di Malaysia, jenayah ini mula dikategorikan sebagai jenayah yang "sangat berbahaya", di mana terdapat 1034 kes direkodkan dalam 11 bulan pertama tahun ini dan melibatkan kerugian sehingga 45 juta ringgit. Kebanyakan kes ini melibatkan wanita-wanita kaya yang kesunyian, terperangkan dalam cinta lelaki Afrika {atau bahasa mudahnya lelaki Negro}. Ngeri! Klik pautan.
Beberapa hari yang lalu pula, di dalam akhbar yang lebih kurang sama ngerinya, "Facebook Punca Cerai". Di London, gara-gara aktiviti-aktiviti di dalam Facebook boleh dijadikan bahan bukti penyelingkuhan pasangan, maka berlakulah banyak kes penceraian. Sangat mengerikan. Klik pautan.
Kedua-dua cerita di atas sangat sinonim dengan cinta, wanita &
Facebook. Kerana cinta, hilang harta. Kerana cinta, hilang maruah.
Kerana cinta hilang iman & taqwa. Na'uzubillah...
Topik-topik begini sangat mudah sangkut dalam fikiranku, hingga buat aku berfikir berhari-hari. Tidak lama dulu, bulan Oktober tahun lalu rasanya, aku dapat mesej dari seorang lelaki berkulit putih di Facebook. Selalunya aku memang tidak akan layan, tapi mungkin hari itu aku rasa sangat sunyi & kesepian, jadi aku balas mesejnya. Hanya untuk menambah kenalan & dalam masa yang sama aku boleh memperbaiki Bahasa Inggerisku. Baru berapa hari berkenalan, dia sudah mula melalut. Katanya cintakan aku & ingin mengahwini aku. Jarak yang jauh & perbezaan agama tidak menjadi masalah. Hati wanitaku berbunga-bunga bila dia seperti memuja-muja aku, tapi malangnya aku tidak sebodoh yang dia fikirkan. Bila kes-kes begini makin hangat dibincangkan, aku memang rasa perkara ini tidak boleh dibiarkan. Wanita-wanita di Malaysia ini terlalu kesunyiankah?
Sesiapa saja pasti setuju bila aku katakan kita memerlukan cinta seperti mana kita memerlukan makanan, bahkan mungkin lebih lagi. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kita mesti memakan makanan yang sihat & seimbang. Makanan yang halal & baik akan membentuk individu yang sihat & peribadi yang baik. Terlebih makan, badan terlebih gemuk & banyak masalah kesihatan. Kurang makan, badan kurus tak bermaya & banyak masalah kesihatan. Salah makan, pun menyebabkan masalah kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang seimbang. Cintailah sesuatu itu seada-adanya & letakkan ia pada tempatnya.
Buat wanita-wanita yang sudah berpasangan {samada isteri orang, tunangan orang} atau belum berpasangan, berpada-padalah menggunakan laman sosial. {lelaki juga tidak terkecuali}. Perkara penceraian memang mudah untuk diperkatakan. Tapi ingatlah, ia merupakan perkara halal yang paling dibenci Allah & paling disukai syaitan. Bertahanlah... Siti Asiah juga diuji Allah dengan suami zalim, yakni Firaun. Lebih teruk lagi, bersuamikan lelaki yang mengaku dirinya Tuhan. Lalu Allah mengumpamakannya sebagai wanita yang beriman di dalam kitab suci Al-Quran {Surah At-Tahrim ayat 11}. Jika ada wanita-wanita yang ditakdirkan bersuamikan suami zalim, bersabarlah.. Bersyukurlah.. Dan bertahanlah.. Itu hanya di dunia, ada imbalan yang sangat besar di akhirat sana. Insya Allah.
Nota: Bakal Imamku, labuhkanlah cinta utamamu kepada Pencipta. Semoga cinta kita membawa kita ke Syurga.
7 komenteraksi:
Cintailah sesuatu itu seada-adanya & letakkan ia pada tempatnya. I like it my Friend :)
nice article
fathan suka postingan kamu :)
Nice entry, suka baca ni =D
http://thenurulee.blogspot.com/2012/05/award-of-excellence-ceremony.html
pnh gak dpt msg dr guy x oversea kat fb..byk kali dpt..from org berbeza2.. tp x layan..mmg berbahaye
bagus entri ni... sekarang ni FB digunakan seperti ia tidak private... makin ramai pasangan kekasih yang melafazkan rasa cinta yang memualkan... secara terang2an... Bosan!
posting yang sangat bagus,nice.. :D ^^ support this ^^
s0
Post a Comment
"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.
Jadi, kalau sudah baca.
Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!