Marhaen, Kau Punya Kuasa

Marhaen, apa yang kau takutkan?
Kau punya kuasa, kuasa besar
Tapi ada yang dibutakan oleh saguhati celah gigi

Marhaen, apa yang kau takutkan?
Kau punya kuasa, kuasa besar
Kuasa yang mampu ubah situasi

Marhaen, tampil dan kuatpadukan genggaman aku, kamu dan kita
Ayuh tentukan halatuju yang kita semua mahukan
Bukan ikut telunjuk insan yang kita lantik
KITA PUNYA KUASA!



UNIK


Aneh, ganjil, pelik. Unik. 
aku selalu rasa aku pelik, 
di sana pelik, 
di sini pelik, 
di mana-mana pelik. 

mereka kata aku memang pelik, 
pelik tapi unik. 

Unik? 
Sebenarnya unik itu apa? 

Ini dikira unik?

Nota: Bukankah setiap seseorang itu juga unik? Menjadi unik dengan diri sendiri. Hargai diri sendiri & syukuri apa pun adanya...:')

Mana yang betul, InsyaAllah atau In Shaa Allah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera ~

Kini kalau anda ber-facebook pasti ada dari rangkaian rakan anda di Facebook akan berkongsikan tentang kekeliruan cara menulis perkataan InsyaAllah atau In Shaa Allah. Dalam hal ini, pertama sekali apa yang perlu dibuat ialah rujuk kepada insan yang tahu, faham dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk menjawab kekeliruan ini. Ini kerana, jika kita kongsikan sesuatu tetapi ialah bukan kebenaran, mampu menyebabkan kekeliruan berpanjangan dan berterusan. 

Oleh ini, berikut merupakan beberapa jawapan merujuk beberapa sumber dari ilmuwan agama untuk kepastian tentang kekeliruan ini. Pertama dari S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya. Berikut soalan yang diajukan kepadanya:

Ber-Whatsapp, Viber melalui Windows PC Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera ~

Kini tidak menjadi untuk ber-whatsapp atau aplikasi borak dengan rakan lain walaupun tanpa menggunakan telefon pintar dengan sistem operasi Android. Ada pembangun program bagi Windows dan Mac telah mewujudkan program yang dipanggil Bluestack. Sebuah program yang membolehkan kita menggunapakai hampir 750,000 aplikasi telefon pintar dikomputer. Lebih info, klik sini.



R.I.N.D.U [Bahagian II]


Ramai orang kata merindui itu sakit 
dulu aku tak percaya 
bahkan selalu rasa rindu itu suatu nikmat 
nikmat yang tak ramai orang dapat 

Tapi sekarang 
nikmat itu sudah jadi makin hebat 
ibarat bebanan yang berat 
berat hingga tak terangkat 

Apa pun tafsiran tentang rindu itu dulu & sekarang 
yang pasti rindu itu juga datangnya dari Tuhan 
Rindu itu bukan untuk dibunuh, tapi untuk dipandu 
Bukankah begitu? 



Nota: "Ya Rabb, pandu aku untuk memandu rindu"