Cerita di Kedai Mamak

Aku pun masuk ke restoran mamak dan terus duduk di meja dimana kawan-kawanku sedang makan. Datang pelayan dengan wajah yang kurang ceria. Terlintas di pikiran mahu buat dia gembira dan tersenyum.

Aku pun pesan makanan. "Kalau boleh aku mau macam yang dalam tu". Mataku melirik ke majalah makanan barat di rak buku sambil menaik-naikkan kening. Dia setia berdiri menunggu pesanan aku.
"Aku mau makan yang macam tu lahhh". Sambil menunjuk mee goreng ayam yang dimakan oleh kawan aku. 

"Okay, minum?". balasnya sedikit tegas.

"Minum pula yang macam saaaaana tu". Sambil aku menuding jari telunjuk ke minuman pelanggan meja sebelah iaitu kicai ais.

"Ada lagi?", dia bertanya. "Kalau ikutkan napsu, mau tuuuu naa yang bro tu makan. Tapi ikutkan isi dompet, mendukacitakan. Jadi, itu sejalah."

Dimuncungkan mulutku ke arah TV sambil tangannya memegang pen dan kertas dan berkata, "Jangan sampai aku jadi macam dalam tuuuuu dalam TV tu". Dia pun berlalu ke dapur menyiapkan pesanan dan terukir sedikit senyuman di bibirnya.

TV sedang menyiarkan rancangan gusti, WWE Wrestlemania.

Fuhh!

Fahri Buat Lagi

Fahri hilang selera makan. Mukanya juga ketat semacam. Dia tidak seceria selalu. Wajahnya seperti ditimpa masalah. Seperti kebiasaan suasana sekeliling akan dipenuhi dengan hilai tawa Fahri.

Namun pada hari itu, Fahri berubah menjadi pendiam dan murung.

Aku pula coba memberikan kata perangsang menaikkan semangatnya. "Fahri, kuatkan semangat. Jangan mudah mengalah. Cekalkan diri", antara kata pencetus semangat yang aku lontarkan tanpa putus.

Fahri terberak. Lebih tepat lagi, tercirit dalam seluar.

Pisang Emas Dibawa Berlayar

Betullah si payang ni. Baru dipuji sikit, terus naik kepala. Habis diredanya alunan besar ombak sehingga memercik air laut ke sut warna warni aku. Hilang macho terpaksa kelam kabut berselindung atas reaksi refleks.

Naiklah ke darat, singgah ke gerai menjual pisang. Semua orang tahu khasiat pisang kan. Jadi kawan aku pun bertanya pada peniaga, "pisang emas ada kah?"

Tak semena-mena aku menyampuk. "Eh! Pisang emas bukan dibawa belayar kah?", soalku kehairanan.

Kami saling berpandangan.

Kahkahkah!