Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamu'alaikum & salam kasih sayang...
Kami kemalangan. Isi entri kali ini sekali lagi agak panjang. Bukan niat aku untuk menghebahkan pada dunia bahawa kami mengalami kemalangan. Tidak, tidak sekali-kali. Kerana jika aku diberi pilihan untuk membuang salah satu detik dalam hidup aku, kemungkinan besar aku akan buang detik ini, di mana aku mengalami kemalangan jalan raya. Perasaannya sangat tidak enak, tidak manis, tidak indah untuk dikenang-kenang. Tapi inilah yang dikatakan takdir. Aku terima seadanya & aku harap isi catatan pengalaman yang bakal aku kongsi ini akan memberikan pembelajaran & pengajaran buat kita semua. Insya Allah...
Hujung minggu yang baru berlalu, Jumaat hingga Ahad, aku & keluarga menghabiskan masa bersama di sebuah perkampungan terpencil di Beaufort, tempat asal bondaku. Perasaannya indah & tenang-tenang sahaja. Jauh dari bandar, jauh dari bingit hilai tawa kapitalis, jauh dari kerakusan manusia. Aku senang sekali.
18 Mac 2012. Ahad tengahari, kami selamat kembali ke teratak usang kami di Kota Belud. Memandangkan hari masih muda, jadi aku & kakanda bercadang untuk ke kota, bertemu sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bertemu, menonton wayang bertajuk Bunohan & makan bersama di pasar malam Kokin. Aku, Bobby [kakandaku], Acok, Siti, Hati & Weilin. Indah, sangat sangat indah.