Ia datang lagi
mengetuk-ngetuk pintu dengan kasarnya
selalu aku tak buka, lalu ia pun pergi
Kali ini ia rakus sekali
mengundang ketakutan & rasa menggigil
aku buka pintu, lantas ditolak ganas
jatuh tersungkur, menahan airmata
Tanpa dijemput,
ia mendekati kerusi ajaibku
duduk selesa sambil ketawa berdekah-dekah
Susah, senang, suka & duka
kerusi ajaib itulah jadi penawar
Kini tidak lagi,
kerusi itu sudah diduduki makhluk lain & tak mahu lari
Salahku tak kuat untuk bertahan,
dan membiarkan ia masuk mencuri kepunyaanku
Pahlawanku, sudikah kau bantu aku untuk mendapatkan semula kerusi ajaibku?
Nota: khayal a.k.a separa sedar.
Ajaib sungguh.. mungkin tiba masa kau kena berkongsi kerusi ajaib itu.. :D
ReplyDelete-Nico Robin-