Pages

Usia Usah Disia-sia

Walau lama mana pun kau bernafas,
jika kau tidak pernah ingin belajar,
kau tetap si bodoh, si dungu, si bangang.

Walau lama mana pun kau bernafas,
jika tetap juga melakar calar, melukis nista, memuja dosa,
kau tetap si bodoh, si dungu, si bangang.

Jika kurniaan usia menyebelahimu,
kejarlah, capailah, rangkullah segala ilmu yang kau mampu
ilmu datang dari pelbagai arah, sudut, persepsi, dimensi
tapis ilmu bernilai guna akal bijak kurniaan
kalau itu peganganmu, pasti cerah suluhi baki nafasmu.

#kredit: learnersdictionary.com

17 comments:

  1. belajar juga dalam pelbagai bentuk..
    manfaatkan apa di sekitar..
    namun, nilai moral jgn sekali dikotak-katik...
    learning is the process of a lifetime.. :)

    ReplyDelete
  2. si bodoh,si dungu,si bangang akn dtg ble kita membenarknnya.

    ReplyDelete
  3. @Leysa JL
    Betul, jgn berhenti mengejar ilmu yg berguna.

    ReplyDelete
  4. Walaupun ada yang mempertikai tentang mafhum hadis "Tuntutlah ilmu dari buaian ibu hingga ke negeri China", intipatinya tetap boleh dimanfaatkan dan diambil.. Puisi yang d(^^,)

    ReplyDelete
  5. Terbaek la bro. s0

    ReplyDelete
  6. guna semua pancaindera yang ada untuk mencari ilmu... :)

    ReplyDelete
  7. tuntut la ilmu sampai ke liang lahad.. ;)

    ReplyDelete
  8. sambil garu kapla, lama x dgr pkataan, gungu! ihhiih

    ReplyDelete

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!