Pages

Senyum Kambing

Assalamu'alaikum & Salam mesra...

Senyum! {sila lakukan perbuatan ini}

Senyum? Suatu perbuatan yang amat mudah bukan? Tidak perlu keluarkan wang, tidak perlu memerah otak, tidak perlu macam-macam. Hanya perlu gerakkan sebahagian otot-otot di bahagian wajah.

Stress? Tekanan? Sampai tidak boleh senyum? Maaf, tapi aku sangat kasihan pada kalian yang tidak tahu untuk senyum {dalam keadaan stress atau dalam keadaan apa sekali pun}. Lagi-lagi bila orang lain mula menghadiahkan senyuman manisnya buatmu, tapi kalian buat tidak tahu, bahkan mengencang. Hmmps. Sebaiknya, jika ada manusia yang menghadiahkan senyumnya buatmu, terimalah dengan hati yang terbuka dan hati yang senang {yakni senyumlah kembali pada si pemberi senyum}.

Kita sama-sama manusia ciptaanNya. Seandainya senyum kalian jauh dari bibir hanya kerana harta kalian terlebih sedikit dariku, maka ketahuilah ia hanya pinjaman di dunia semata-mata dan ia belum pasti menjamin kedudukan kita di akhirat kelak. Dan jika seandainya kalian terlebih sedikit kecantikan paras rupa dariku, maka ketahuilah kecantikan itu tidak selamanya akan kekal begitu.

Mungkin seekor kambing pun akan turut tersenyum sumbing melihat telatah manusia yang punya perangai seperti ini. Salam sayang dan semoga berbahagia!


nota: orang kata, senyum merupakan salah satu petua awet muda, macam saya. Ngeheh.

39 comments:

  1. s1

    paling senyum sudah

    ReplyDelete
  2. senyum ni...wei...jgn tak senyum...

    ReplyDelete
  3. ha ha ha... lucu sekali kambingnya
    Pasti liat lawak

    ReplyDelete
  4. ala, x pandai nk gune icon comel ni uh..

    bace smbil senyum ^_^

    ReplyDelete
  5. @Wanie
    s1...ala, senang ja bah... ikut jak simbol tu.. ihihi.

    ReplyDelete
  6. senyum juga boleh mengekalkan awet muda bkn skadar sedekah. jadi jum kita senyum ^__________^

    ReplyDelete
  7. gua ni serius. jarang senyum. tapi gua hairan, muka gua tetap awet muda jugak.

    ReplyDelete
  8. @PK
    cet! tipulah lu..! depan orang nda senyum, sekali jam 12 senyum sorang²..

    Apapa pun selamat belajar untuk senyum...

    s1

    ReplyDelete
  9. Sentum tak perlu kata apa-apa. Bukan susah pun kan. Awet muda lagi kalau senyum selalu

    ReplyDelete
  10. tapi ada ketika x boleh senyum, spt saya bila masuk kelas yg pelajarnya nakal,kena seriuskan muka! Jika senyum, pelajar mula 'pijak kepala"

    ReplyDelete
  11. @teratai
    iya, kena kenalah pada tempatnya kan... s1

    ReplyDelete
  12. Sedang berusaha menanam sifat senyum ketika marah. Paling susah mau senyum, ketika mau bersin. Saya mau belanja sepa-sepa yang dapat senyum time bersin. s8

    ReplyDelete
  13. senyum..tak perlu kata apa2..
    dapat pahala lgi..sedekah la katakan..=D

    ReplyDelete
  14. pamdai lg kambeng senyum kan. :D

    ReplyDelete
  15. @nunui Joe
    Iya.. Ko senyum macam kambingkah? keh²

    ReplyDelete
  16. Hello, nama saya Julia Simon, mangsa penipuan di tangan pemiutang palsu. Saya telah kehilangan kira-kira 80,000.00.USD kerana saya memerlukan modal besar 190,000.00.USD. i hampir meninggal dunia, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. Perniagaan saya telah dimusnahkan, dan dalam proses itu saya kehilangan anak saya. Saya tidak boleh berdiri ini berlaku lagi. pada bulan Disember 2014, saya bertemu dengan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Puan Augusta Ibramhim, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman pada syarikat. ibu yang baik saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan Allah terus memberkati anda. Saya juga suka untuk menggunakan peluang ini untuk memberi nasihat kepada rakan-rakan Romanian, bahawa terdapat banyak penipu di luar sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman, dan ingin mendapatkan pinjaman dengan cepat, hanya log masuk dengan Mrs Augusta Ibramhim melalui e-mel: augustaibramhim11 @ gmail .com. Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini: juliasimon460@gmail.com. jika anda mempunyai sebarang keraguan. sila dia adalah satu-satunya yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai.
    terima kasih.

    ReplyDelete

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!