9 dan 10 April 2011, Sabtu dan Ahad. Di antara detik indah dalam hidupku sepanjang bulan ini. Berlangsungnya walimatulurus pakcikku, Kassim dengan gadis pilihan hatinya, Safnah. Saat ini jugalah aku berpeluang bertemu sanak saudara yang lain termasuklah anak-anak comel milik diorang. SubhanAllah nikmatnya waktu itu...
Kenapa perlu aku cerita? Sebenarnya aku pernah terfikir, sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir, besar keinginanku untuk membuka sebuah nurseri kanak-kanak. Kalau boleh sebesar-besar dan seluas-luasnya.

Tapi, melihat karenah empat orang anak comel ini, buat aku berfikir dua kali pula. Geramnya bila ada antara anak-anak comel ni yang tak dengar kata. Mahu saja aku cubit-cubit bibir yang tumpis itu, mahu saja aku tinggikan suara. Tapi tak sampai hati pula. Kecomelan paras rupa, telatah dan gelagat nakal diorang mengatasi segala perasaan geramku.
Paling menggelikan hatiku bila melihat telatah dua budak comel Acat dan Kaikai. Bergaduh, bertumbuk, main lawan-lawan. Seorang ala-ala Power Rangers, seorang pula ala-ala Ultraman. Punyalaa...
Antara banyak-banyak gambar, ini sajalah gambar yang aku kira terbaik. Beribu kali snap pun, memang inilah yang terbaik aku rasa. Sedang sibuk aku usai duduk si A, si B pula melompat ke lantai. Bila sudah aku tangkap B, si C merayap-rayap macam baru tahu deria rasa. Si D pula asyik menagih-nagih gula-gula yang aku janjikan kalau duduk diam tunggu flash kamera Nokia N95 milik adik lelakiku marak. Aish!
Ingat... Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan ada yang terasa ya. Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri untuk mendidik zuriatnyakan. Cuma sayang tidak bermaksud menuruti segala yang dikehendaki si anak walaupun pada hakikatnya ia memang salah. Sayang juga bukan bermaksud menghukum si anak dengan zalimnya tanpa belas kasihan.
Nota: Aku harap anak-anakku nanti janganlah meniru mana-mana superhero. Cukuplah Muhammad saw menjadi role model terbaik buatnya.
saya tertanya2 ,anda sbnrnya lelaki kan?
ReplyDelete*tetiba! keluar tajuk ok. kehkeh
@Wan Hafisah Collection's
ReplyDeletesy perempuan...ehehe.
cuba "klik untuk cubuk" utk tgk pengarang blog dekat bwh...ada seorg penulis perempuan..ihihi.
s2
oooooohhhhhhhhhhhhh ye kah?
ReplyDeletecara penulisan spt LELAKI!
HAHAHHAHA..
TAPI CONFIRM ABANG KAMU LELAKI!!
@Wan Hafisah Collection's
ReplyDeleteAhahaha..aku ba abg dia tu. Selamat berkenalan..
s1
@Wan Hafisah Collection's
ReplyDeleteerk? mcm tulisan lelaki? s8
ehe, iya abg sy lelaki...s3
xbaek dera kanak2 taw.....
ReplyDeletehehehe...
penggunaan istilah bombastik.. akak suka lae.. adik ni pengkaji atau pengamal bahasa ke.. menarik utk dibaca ada istilah yg jarang diguna..
ReplyDeleteinsyaallah moga nmuhammad saw sbg role model semua
jom join contest nieh
http://ezaiza.blogspot.com/2011/04/contest-hoi-aku-wakil-sekolah.html
tak pernah ada hero.
ReplyDeletekalo nak hero sgt, sy nak DORAEMON. sebab byk benda leh pakai dlm poket dia tu. especiall magic door dia. senang. leh sy balik kg anytime i want :_
@WeedBoys
ReplyDeleteAlamak! manada dera...ehehe s1
@aimaniman
ReplyDeleteAstaghfirullohal'azim...itu pujian ke? terima kasih ya... s1
iya² semoga insan mulia Muhammad saw mjd role model kita semua ya..
ok² insyaAllah sy cuba join nnti ya...s1
@Rahimah Ramlan
ReplyDeleteAlamak! sy pelihara doraemon...kalo mau, sy blh kasi sewa dia sama kamu..ehehe.
s3
kadang2 tgk gelagat budak ni menghiburkan, kadang tu buat hilang sabar juga..
ReplyDeletedang...
ReplyDeleteko mau buka nursery kanak2 ka??
mcm mau kena tiru ta bis pla ku...hehehehhe
@tity
ReplyDeleteiya betul...s1
@Nrul Hearty
ReplyDeleteAlamak! ini future gold yg aku tulis dlm buku yg En. Johan kasi hadiah sama aku dang..ehehe.
Ni bukan bisnes, ini kasi senang atiku sak...s1
budak2 cmtu la..
ReplyDeleteaktif sungguh..
makin d larang mkin d buatnya..
@toyolkiut
ReplyDeleteThat's whylah adanya istilah ikatan kekeluargaan, ibu, bapa, penjaga... Untuk membimbing, mendidik & mengajar anak² kecil ini...
Bukan sekadar melepaskan & membiarkan arus membawa mereka..seterusnya hanyut... Sama² kita ya...
s2
salam ziarah..
ReplyDeletemembesarkan anak zaman skrang ni sgt mencabarkan.. bnyk sgt 'hero' yg keluar dlm tv skrg ni.
semoga kita diberi kekuatan untuk mendidik dan memberi yg terbaik buat anak2 agar menjadi anak yg soleh dan solehah.. InsyaAllah.. :)
@BUNGA
ReplyDeleteBetul tu...besar keinginan sy utk 'menghapuskan' hero² tu. Tp, nnti mesti ramai yg attack sy..silap² sy pula yg mati..ehehe.
Iya bunga...semoga dipermudahkan insyaAllah...
s2
Rasulullah, idola kita dan superhero kita semua. :)
ReplyDeletejue baru empat sdh bkin bnggung kn..sy dlm kelas handle 29org mcm mau gila sdh. tp sbar sja la..xperlu ambl hati sngt apa dorng ckp & buat yg mnyakitkn..sabor je la ^_^
ReplyDelete@Ava WSB
ReplyDeleteiya insyaAllah...s2
@~NieZa~
ReplyDeleteAlamak! betul owh nij...
germa aku owh..tp cumil owh durang...ihihi.