Pages

Lembaga Bulat

Assalamu'alaikum dan salam mesra..!

Hari ini, aku berkeputusan untuk menghabiskan petangku di hadapan laptopku. Sedang tangan kananku khusyuk dengan tetikusku, mataku fokus pada kaca skrin laptop dan telingaku pula dihiburkan dengan kata-kata semangat seorang pakar motivasi yang amat aku kagumi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Tiba-tiba...
Hujung mataku tertangkap satu kelibat di sebelah almari pakaianku, letaknya dua meter dari kerusi tempat dudukku. Kelibat itu melihatku tajam sambil mencekak pinggang bersaiz tangki biru dengan rambut menggerbang seperti selepas disambar petir.

Telunjukku yang dari tadi asyik dengan tetikus merah jambuku tiba-tiba jadi kaku. Perlahan-lahan anak mataku ku arahkan ke tepi almari pakaianku. Tetapi, tiada apa-apa yang mataku dapat tangkap. Jadi, aku bawa kembali mataku ke arah skrin laptop.

"Arghhhh! Ada lembaga bulat!!!"

Nota: Mujur lembaga bulat itu tidak keluar dari skrin laptopku.

12 comments:

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!