Pages

Aku Peminat Siti Nurhaliza

Assalamua'laikum~

Dalam hidup ni, kita perlu hormati orang supaya orang pun akan menghormati kita. Begitulah juga macam mana aku menghormati seseorang insan di muka bumi milik Tuhan ni. Ianya semudah, "Hormati orang lain, kita dihormati". Tapi ada sesetengah orang, mahu diri dihormati tetapi diri sendiri tidak menghormati orang lain. Kita sentiasalah ingat mengingati.

Ehsan KOSMO!

Pada 12 Februari 2011, bermulalah episod pertama rancangan kendalian Dato' Siti Nurhaliza yang bertajuk "SiTi : Hiburan dan Inspirasi". Aku sangat kagum dan menghormati pembawaan diri insan yang bernama Siti Nurhaliza Tarudin ni. Dari awal pembabitan dalam dunia hiburan lagi aku tertarik dengan gaya serta kesederhanaannya. Dengan membawa imej wanita melayu dan wajah mulus yang ayu sudah cukup untuk menarik perhatian orang ramai. Apatah lagi dengan suara lunak merdu yang rasanya tiada tandingan setakat ini. Kalau dengar nyanyiannya dari CD atau dari radio dengan nyanyian secara Live, kedengaran seperti sama saja. Memang hebat. Bayangkan sajalah, setiap tahun PASTI menang anugerah. Sehinggakan Siti sendiri tarik diri dari pertandingan Juara Lagu untuk memberi peluang kepada yang lain. Hebat tak hebat tu?

Program SiTi merupakan julung kalinya Siti Nurhaliza menjadi pengacara, tidak hairanlah Siti nampak sangat masih sedikit gemuruh. Kadang kala kata-katanya tersekat-sekat. Tapi pasti Siti akan biasa dengan bidang terbarunya ini dan mampu menguasainya dengan baik.

Aku menghormati Siti Nurhaliza
Aku hormati Siti kerana dia seorang yang sangat merendah diri, sepanjang berada dalam dunia hiburan Siti merupakan artis paling kurang dengan cerita gosip. Paling aku suka ialah pembawaan diri yang sangat bersederhana. Siti Nurhaliza mencipta nama besar sebagai artis adalah kerana bakat yang ada padanya. Pencapaian Siti bolehlah dianggap sebagai kejayaan atas daya usahanya sendiri. TAHNIAH! Teruskan berbakti.

"Berfikiran hebat akan melahirkan orang yang hebat" - Siti Nurhaliza. Dipetik dari "SiTi" episod 1.


p/s : Siti Nurhaliza tersangatlah cantik orangnya tapi yang kurang hanya pada bab tudung. Dato' K, jalankan tugas sebagai suami.ehehe.

Aku ni semangat cerita pasal Siti Nurhaliza lepas tengok rancangan "SiTi". keh²

13 comments:

  1. bukan antara peminat siti tapi aku tetap layan jugak lagu dia...mmg best...
    pasal tudung tu mmg betul...klu nak pakai..pakai la betul2kan...klu setakat nak fesyen tak guna...ehehe

    Entri Terkini : Watermark terbaru Hotmama

    ReplyDelete
  2. Sukung Siti Nurhaliza dulu hingga kini..ehehe..bab tutup rambut ni aku tegas skit..bab klu public figure ni tggjwb brt skit..drg mjadi ikutan..jd kna tunjukkn cth y baik..:)

    tp mudah²an Siti akan tutp litup pasni..doakan yg tbaik..=)

    ReplyDelete
  3. COOL! SANGATTT SETUJU! SALUTE! Kalau Dato' K nda dapat buat yang 'tu' tu [seperti di 'p/s'], bagus bagi sama aku ja lah kan.. Opss, muahua3! XD

    ReplyDelete
  4. aku membesar dgn lagu siti

    ReplyDelete
  5. @tim
    iya tim..tp aku bkn sj mbesar..mngecil pun dgn lgu siti gak,bcinta, belajar, bekerja, bertidur? eh..adaka bertidur..??

    ReplyDelete
  6. Aisehmen... aku pun terus minat sama siti...ihihi
    s1

    ReplyDelete
  7. @Alfian J. Aiya, kau aku letak sebelah cik S lah bah.. Apa mau susah s3

    ReplyDelete
  8. @samizul.net
    ko ni sam..msuk alam realiti pulak..kita bfantasi lu wa..
    s1

    ReplyDelete
  9. waa..i <3 ur point alfian !
    hahaha..
    peminat tegar bha c alfian ni..hehe~
    =D

    ReplyDelete
  10. @echaRierie
    Ngehehe..Aku minat tu ngan Siti..pbawaan dia tu y aku suka tu..

    Malu aku leh ko cha..s2

    ReplyDelete

"Amalan membaca perlu diterapkan pada diri anak muda zaman sekarang. Walaupun perlu menggunakan paksaan". - pesan Tun Mahathir.

Jadi, kalau sudah baca.

Apa lagi.. Lontarkan suaratokrasi anda!