Menjejak Puncak

Selama perjanjian diperah otak,
memelihara emosi yang tegang,
mencipta kawan, tercipta lawan,
menghitung detik dan masa,
mengintai ruang untuk nanti suatu masa.

Tempoh perjanjian pun tamat.
Disinilah tempat duduk, disini tempat berdiri.
Mengintai lagi untuk sesuatu yang tidak pasti.

Pencarian tanpa henti,
kadang lelah perlu berhenti,
rencana baru dikemaskini,
laungan jati sejati membakar diri,
untuk terus bangun dan memaksa diri,
menuju destinasi yang akhirnya pasti.


p/s : belum puas.

DiGi iPhone 4 Life

Rasanya,terlalu banyak dah aku angan-angankan
Tapi tak apa, angan-angan itu kan impian
Bila ada impian, baru ada kemahuan.

Iya, memang aku impikannya.
Apa? Aduh, kan dah cakap. Aku mahu DiGi iPhone 4.
Aku mahu sempurnakan hidupku dengan DiGi iPhone 4.
Selain itu, aku perlu bergambar dengannya untuk aku letak di thumbnail account Nuffnang aku.

Dreaming of iPhone 4

Aku mahu bernafas,
Aku mahu bebas,
Aku mahu style,
Aku mahu happy,
Aku mahu rumah besar,
Aku mahu motorsikal Ducati,
Aku mahu kereta Ferrari,
Aku mahu apa lagi?
Aku mahukan iPhone 4 untuk jadikan impianku di atas menjadi realiti.
Kerana semua tu ada di dalam iPhone 4.

Selain itu, iPhone 4 boleh membuatkan aku jadi sangat gagah dan perkasa.
kerana kuasanya memberikan aku super power yang aku tidak terjangkakan.
Sehingga aku mampu mengangkat Eiffel Tower, ahli sumo, kereta kebal ataupun sebuah cruise yang berada dalam iPhone 4 dengan hanya sebelah tangan. Tengok gambar di bawah ni!


Menumpah Bakti Di SKT1

Mendidik itu mulia,
yang mulia itu pahala.

Ternyata mendidik bukan tugas yang gampang.
ada yang perlu dikawal semasa kau mendidik.
samada mendidik protege di usia muda, remaja ataupun yang usia sudah berabad.
apa yang dituntut ialah SABAR.

Bukan Sabaruddin, Sabariah pun bukan, Sabarishnu lagilah bukan...

Tapi sifat sabar yang sangat dituntut,
Bukan kesabaran biasa-biasa,
tapi penuh kesabaran dan disisikan pula dengan ketabahan.
pengalaman mengajar aku dewasa dalam mendidik.
aku sudah boleh tersenyum pabila mendapat tugasan mendidik kelak.
kerana aku faham apa yang terdera semasa mendidik.

Apa?
yang terdera ialah emosi.
emosi seakan mahu saja melibas kaki kiri ini samada di pipi ataupun di perut mangsa pabila katamu tidak diendah.
Namun, atas dasar kemanusiaan dan nilai murni yang aku pegang hasil pembelajaran dahulu di kala usia aku sebaya yang aku didik, 
aku sabar,
aku tahan jiwa radangku dengan senyuman paksa ku yang bernilai jutaan dolar$$.

Bakti telah dicurah,
didikan telah ditumpah,
semoga kamu semua tidak alpa dan bermegah,
untuk kau suluhi masa depanmu supaya cerah.

SKT1 emskopic
Anak didik yang nakal tapi berakal.

DiGi iPhone 4 Real

Semalan aku bermimpi.
Aku didatangi begitu banyak burung dan aku berada di dalam taman bunga yang begitu cantik.
Aku sangat takut kerana burung-burung itu menuju ke arahku. Dan mereka serentak berkata, 
"DiGi iPhone 4 kau tercicir. Nah, simpan baik-baik."
Lalu mereka pun berterbangan di segenap ruang taman bunga yang indah itu.

WOW!
Indahnya mimpi aku.
Bukan pasal burung dan taman bunga lah,
tapi pasal aku mimpi DiGi iPhone 4.

WOW! 
 Seronoknya mimpi aku tu. 
Oh! DiGi iPhone ~~ :D

Aku pun berfikir sejenak~~
Bila iPhone 4 dah dapat,
aku kena buat pilihan yang bijak.
Tapi tak apa, kalau pilih mana-mana pun tetap pilihan bijak juga.
Kan DiGi "Always the smarter choice"

DiGi iPhone 4 Play

Aku pun mendarat selepas penat berterbangan di awangan.
Maklumlah aku kan "THE GREATEST DiGiman ON EARTH" :D
Eh, tak tahu kenapa aku bergelar THE GREATEST DiGiman ON EARTH?
Nah, dah ketinggalan ceritera Superhero. Refer to this Al-kisah

Tapi semua tu masih angan-angan, 
DiGi iPhone 4 belum dihantar lagi oleh DiGi  ke alamatku. :D

Ada apa dengan DiGi iPhone 4?
iPhone 4 ni macam-macam ada...
Boleh dikatakan yang  tiada pun, ada dalam iPhone 4 ni.

Ada apa dengan DiGi iPhone 4?
iPhone 4 ni canggih, teknologi, hype, moden, bergaya..
Lagi-lagi bila dalamnya ada khidmat aplikasi atau dalam bahasa singkatannya apps.

Tahukah anda?
Bila ada apps, ruang di sekelilingku macam ada taman bunga tropika yang indah lagi mekar.
Apa tidaknya, apps ni memeriahkan lagi kesenorokan pada iPhone 4.

Tahukah anda?
dengan adanya apps,segala kebosanan yang terkurung dalam diri anda berubah menjadi mode ingin kahwin kerana kesoronakan yang tidak terhingga.

Dua,
Iya ada dua.
Ada dua apps paling best aku mahu pengalamankan di iPhone 4 ku nanti. 

Apakah ia?

DiGi iPhone 4 Me

" DiGi "

Syarikat telekomunikasi yang aku langgan selama bertahun-tahun.
Yang memberikan aku perkhidmatan "SUPERB"
sampai aku macam tak tahu syarikat pesaingnya.

Dari prepaid ke postpaid.
Aku setia melanggan kerana servicenya yang di atas 1 bagi aku.
Aku hairan, semakin lama aku semakin kemaruk dengan DiGi
Mungkin aku dah tersihir oleh kehebatannya melayani aku.

Aku dah dengar, aku dah terkesan. Apa dia?
Khabaran itu ialah ada DiGi iphone 4 giveaway.

Uiyooooh!


Biqin Taqut

Aku takut dengan amaran ni.
Kalau aku takut, kau pun mesti takut.
Kau tidak pesaya percaya cakap aku?

Kalau ini dah kau terima..
musibah, bencana, gejala sosial, rusak akhlak 
(2 item italic terakhir tidak munasabah)

Kalau kau terima ni..
nangis air mata darah pun tiada gunanya..
tapi kalau nangis air mata darah bagus derma di hospital. 
Hubungi Mantus Boy.

Tapi kalau kau terima ni..
jangan kalau sedih betul, jangan...
pasal ini angkara kau juga
Siapa suruh kau? Kaulah sendiri puncakan..HAHAHAHA

Kalau kau terima ini..
Kau kena berusaha keras semula
Jangan kau putus asa
Salah kau juga
Kasi betul kesalahan kau tu..

Tapi kalaulah kau terima ini,
kau jangan risau ada cara untuk hindari dari ini
Aku info kau dihujung entry.
 
Ini lah bah yang aku maksud ni :


Halaman Untuk Orang Tanah Tumpah Darahku

Muncul satu Fan Page baru yang aku kendalikan untuk manfaat seluruh SABAHAN Blogger. Aku gelarkannya "We Are Sabahan BloggerMania" a.k.a WSB. Tujuan aku untuk menghimpunkan SABAHAN blogger ramai² untuk berhimpun dan berkongsi maklumat tentang dunia BLOGGING dan apa² sahaja di WSB ni.


Ketagihan a.k.a Addicted

Aku dah masuk,
aku dah keluar,
aku dah injak,
aku dah jejak,
aku dah tendang,
aku dah terajang,
aku dah maki,
aku dah cerca,
aku dah raih,
aku dah murung,
aku dah gulung,
aku dah tanduk,
aku dah kalah,
menang lagilah banyak.
Aku sudahkan lagi yang belum itu nanti.

Tapi bila semua sudah, terkadang aku tidak juga puas.

Adakah kau sudah?
Kalau belum,mari sudahkannya.

Dapatkan PES 2011 versi DEMO sebelum Full version menjelma di pasaran. 

Dapatkan disini.
 @
Dapatkan Full version disini.

Malam Dingin yang Hangat

Suatu malam...
aku dan kaum kerabat aku lepak makan di luar
Kami duduk di kerusi luar untuk ambil udara dingin
Memang dingin malam tu.

Di malam raya sebegitu,
ramai pula golongan manusia yang merayap menarik nafas malam.
Aku hairan juga, diorang tidak buat persiapan raya ka?
Aku tidak usah kau hairankan, kami memang lewat buat persediaan raya.

Di malam indah Ria Raya tu,,
order pun diambil.
Cukup semua kerabatku ditanya.
Lengkap semua dan hanya menunggu untuk santapan dihidang dan dijamah.

Tunggu punya menunggu,
sampai la mee goreng ayam 2,
dan juga nasi goreng ayam.
Ada 3 order masih dalam barisan.

Ehmm, sedap juga aku santap. Begitu juga dengan 2 lagi kerabatku.
Sampailah aku dan 2 yang lain selesai santap.
3 order masih belum sampai.

......................

......................

......................

Pikat & Kabur

Tertarik dengan keayuannya,
terpegun dengan kecantikkannya, 
terpikat dengan kelembutannya.

Aku buat keputusan mahu mendapatkannya walau apapun halangan,
aku pun mula mencari jalan untuk memikatnya.

Macam-macam cara.
Aku beri belaian mesra, kurang menjadi.
Aku bagi layanan manja, kurang juga menjadi.
Aku berfikir dan terus berfikir, apa lagi cara yang aku ada untuk memilikinya.
Aku dah sangat jatuh hati padanya.

Tak kira, aku mahu juga...
Kalau cara berlembut tidak kau melembut.
Terpaksalah aku mengasari pada kelembutanmu yang membuatkan aku terpikat.

Aku mencari jalan, jalan yang aku pikir adalah satu jalan yang bernas tapi agak kasar.
Apa boleh buat, kau sudah memaksa aku.
Aku pergi menyiapkan perangkap untuk kau aku miliki.

Hahahahahaha!! Akhirnya...
Kau milikku...
Aku tidak sabar untuk memeluk dan membelaimu di ruang lenaku...
Setelah mendapatkanmu, aku perlu membawa kau ke tempat aku...
supaya senang aku melayanmu.....

Laporan Larian

Makin aku melewati hari yang diberi,
makin aku rasa dewasa berdikari.

Masa yang melangkah saat ke saat,
minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari,
minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun...,
semua diimbas sebagai kenangan & pengalaman,
yang membawa kepada serba serbi pengetahuan
(tapi kalau yang peka lah!)

Hah!
Aku mahunya belajar segala ilmu yang
aku lihat dari kaca mata aku..
dari apa yang aku lihat, aku amati,aku jalani
atau yang aku eksperimentasi..
walau aku cuba dengan daya aku
untuk menyimpan segala itu sebagai memori,
ternyata tidak mudah tuk fahami semuanya..
tiap perlakuan mesti tidak sumbang,
pernah aku pengalamankan
bahawa kalau kita makan kepala ikan,
kita jadi pelupa..

Eh!? Betulkah!??
kalau betul mungkin aku makan bukan sembarangan kepala ikan
tapi "kepala" ikan a.k.a bos ikan-ikan..hahaha!


bersambung.....

contoh kertas kajang