Dua Perkataan

"Ladies First"

Apakah pendapat  kalian tentang dua perkataan yang amat ringkas di atas? Dua perkataan itu selalu digunakan oleh sang jejaka untuk mengelakkan diri daripada menjadi orang pertama melakukan sesuatu.

Pernah beberapa kali aku menjawab dua perkataan yang hampir sama  pada sang jejaka bila saja mereka mengatakan "ladies first" padaku. Kataku "Adam first".

Tahu apa reaksi mereka?

Lelaki, Fahamilah Wanita!

Assalamu’alaikum dan salam mesra..!

Nampak tajuk macam menakutkan bukan? Macam garang dan penuh emosi pun ada. Mungkin memang ditakdirkan wanita itu begitu sikapnya. Mudah sungguh tersentuh hatinya, mudah sungguh tersentuh emosinya.

Aku juga tidak lari dari semua itu. Aku akui aku agak sensitif dan mudah terasa apabila ditegur oleh insan bernama lelaki. Apatah lagi jika teguran itu datang dari insan yang amat aku sayang {suami, ayahanda, kakanda, pak cik atau mahramku yang lainnya}.

Pernah suatu hari mataku bengkak akibat menangis seharian selepas ditegur oleh seorang lelaki yang amat aku sayang. Iya, mungkin aku kelihatan kurang matang bila air mataku mengalir tidak henti-henti. Aku tidak menyalahkannya, bahkan aku berterima kasih kerana sudi mengingatkanku supaya tidak terus-terusan membuat silap. Aku tahu dia sayang. Aku faham. Cuma, hatiku sangat lembut wahai lelaki. Fahamilah aku seadanya…

Pintu Dua Engsel

Assalamu'alaikum dan salam mesra..!

Hujung minggu lalu, aku penuhi ajakan teman baikku untuk ke rumahnya setelah beberapa kali aku tolak dek terlalu sibuk. Lama tak bersua ni, hati jadi rindu pula. Sebenarnya aku sudah lama mengenali keluarga ni, selalu juga aku bertandang ke sana pada zaman-zaman sekolahku dulu. Bila sudah sibuk dengan kerjaya ni, sampai tiada masa pula untuk bertemu.

Pagi ahad, usai mandi aku duduk di ruang tamu bersarapan sambil berbual mesra dengan makcik Ani, ibu teman baikku. Teman baikku pula baru bangun tidur lalu masuk ke ruang mencangkung, melabur awal pagi barangkali. Yang specialnya, engsel pintu ruang mencangkung di rumah temanku ni ada dua. Satu di luar, satu di dalam.

Merokok Mati, Tidak Merokok Pun Mati

Memang semua orang akan mati. Mahu tahu cara matinya saja. Ada yang mati/meninggal dunia akibat sakit tua, kemalangan, penyakit, lemas, dibunuh dan lain-lain. Jadi kalau merokok, tahulah mana kategori matinya kan.

Merokok merupakan suatu identiti bawaan si perokok yang mencerminkan sikap cool, bergaya, macho, sasa. Ada juga menegaskan bahawa merokok untuk melepaskan tensi, tekanan. Betulkah? Kalau iya tensi, pegi ambil air wudu' ya. Hee.

Pasti anda juga pernah mendengar alasan "Merokok Mati, Tidak Merokok Pun Mati". Masa mendengar kata-kata ini, timbul rasa simpati di hati.

Perlu diketahui disini bahawa rokok merupakan suatu bahan yang telah disifatkan fatwa sebagai HARAM. H.A.R.A.M. = dosa besar apabila melakukannya.

Antara fatwa yang mengatakan merokok adalah HARAM :

Mini Gath WSB

Assalamu’alaikum & salam mesra...!

13 Mac 2011, Ahad. Merupakan detik paling indah yang pernah aku alami sepanjang aku bergelar blogger. Mini Gath yang  telah dirancang semenjak tahun 2010, telah berlangsung dengan jayanya.

Ditakdirkan aku menjadi salah seorang wasaber yang terlibat di dalam menjayakan pertemuan ini. Tiada kata yang mampu aku ucapkan untuk menggambarkan betapa gembira dan bahagianya perasaanku tika ini.

Pada hari yang yang sangat indah itu, aku ditemukan dengan insan-insan yang bergelar wasaber sepertiku. Pertemuan yang aku anggap bagai suatu rahmat yang amat besar. Selama ini hanya bertemu di alam maya, bertukar-tukar buah fikiran, bermesra, bergurau senda dan macam-macam lagi. Diberikan peluang untuk bertemu bersua muka, pasti tidak akan aku lepaskan. Pun hanya bertemu di alam maya, kasih sayangku sudah sedia tersemai buat mereka. Ibarat teman rapat ibarat sebuah keluarga.

Sudu dan Garfu

Assalamu’alaikum dan salam mesra…!

Hari ini agak luar biasa, aku makan tengahari di sebuah restoran bersama rakan-rakan seofficeku {trip sudah kerja}. Di sebuah restoran yang agak popular, letaknya beberapa langkah sahaja dari office kami {trip lagi}.

Aku order mee goreng ayam untuk mengalas perutku yang bergendang riang minta diisi. Dijadikan cerita, di hadapanku duduk seorang jejaka sopan {rakan seofficeku}. Aku masih menanti mee goreng ayamku, manakala makanan jejaka sopan itu sudah pun siap sedia untuk dimakan. Aku menyuruhnya makan nasi berlaukkan ayam masak merah yang dia order sambil aku pula meratah ayam goreng yang aku ambil tadi dengan berseleranya.

Lembaga Bulat

Assalamu'alaikum dan salam mesra..!

Hari ini, aku berkeputusan untuk menghabiskan petangku di hadapan laptopku. Sedang tangan kananku khusyuk dengan tetikusku, mataku fokus pada kaca skrin laptop dan telingaku pula dihiburkan dengan kata-kata semangat seorang pakar motivasi yang amat aku kagumi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Tiba-tiba...

Hanya Monyet

Suatu petang,

Aku & kekandaku mengunjungi sebuah pejabat milik sebuah syarikat telekomunikasi. Ada kemusykilan yang ingin diutarakan. Sungguhpun tidak mencapai objektif sangat, tapi pakcik di sana memang baik hati walaupun ada segelintir pekerja di sana macam tak peka langsung dengan tugas. Baik ambil kami yang menganggur ni bekerja di sana.

Jangan jadi macam monyet

Mahu keluar dari tempat tu, aku terlihat poster ni. "Hanya monyet boleh membuang sampah sembarangan". So kalau ada di kalangan kita yang membuang sampah sembarang-sembarang, maksudnya dia monyet. Hahaha...

Pandang ke Lantai

Ku fikir satu rupanya dua
ku fikir dua rupanya tiga
ku fikir tiga rupanya empat
dipandang tajam dan terlanjur luka

Detik berlalu
dia semakin matang
tak guna lagi taktik pandangan tajam

Kali ni dia guna taktik pandangan menggoda
cuba senyum dan berkata manis
cuba mendekati dan berbual mesra

Adess...
tak berani aku pandang ke matanya
terpaksa pandang ke lantai setiap kali bicara

Maaf! Aku rasa kita tidak sesuai berteman-teman. Maafkan aku andainya saat aku berbual bicara denganmu, nampak sangat kehipokritanku. Untuk cerita sebelumnya klik sini.

Nota: wajahmu mungkin handsome, tapi kehandsomean itu tidak cukup untuk mengatasi betapa mahalnya nilai persahabatanku.

Pendekkan Link dan Dapat Duit Dengan Adf.ly

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Kalau sebelum ini aku kongsikan cara dapatkan GANJARAN MUDAH dengan ChurpChurp, kini aku berkongsi pula bagaimana mendapatkan sedikit upah dengan mudah semudah A B C. Tapi mungkin cara ini lebih mudah daripada A, B, C kerana kamu hanya perlu memendekkan/mengecutkan link URL anda dan promosikannya, kamu akan mendapatkan upah daripadanya. MUDAH BUKAN!

Jadi kepada yang rajin membuat entri untuk blog, pendekkan saja URL entri kamu dan sebarkan di laman sosial popular seperti Facebook dan Twitter. Setiap kali link kamu di-klik, ganjaran wang masuk ke dalam akaun. MUDAH BUKAN!

Adf.ly telah menyediakan perkhidmatan bermanfaat ini dan memberikan ahlinya dengan ganjaran wang.

Filem Hikayat Merong Mahawangsa

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA - Filem yang aku kira boleh membanggakan juga. Setelah melihat trailer yang agak gempak, aku sangat teruja untuk menonton filem ini. Ini merupakan filem taruhan Pengarah muda lagi kacak bergaya, siapa lagi kalau bukan Yusry Abd Halim. Filem ini berkonsepkan " Epic Drama " dimana sejarah Hikayat Merong Mahawangsa dijadikan taruhan. Salut sama kau Yusry!

Trailer 'HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA'

Sinopsis :

Tag oleh Suara Sang Jemari

Assalamu’alaikum dan salam mesra..!

Kali ini aku di tagged lagi oleh sahabat baik alam mayaku, Nieja Maksit. Entah kenapa dia suka sangat tag aku, mungkin dia sayang sangat denganku. Layan sajalah…

Pandang ke Dinding

Ku pandang ke jam letaknya di dinding
melihat jarum  berputar


Tepat di bawah jam, duduk seorang lelaki
berkali aku pandang ke jam
berkali itu jugalah dia pandang ke aku
mengencang lagi tu!
terus senyuman murahku jadi mahal


Esok harinya aku pakai jam tangan merahku
hadiah dari teman sebilikku 2007 lalu
aku tak pandang lagi ke jam
bila aku tak pandang,
dia pula curi pandang ke aku


Tajam! 

Glurp.
jadi seram jadi takut


Aish! Apa bah masalahmu ni? Aku ada buat dosakah padamu? Kalau ada, katakan saja bah. Aku tak selesa dengan pandangan tajammu. Bisa luka aku dibuatnya. Sambungannya di sini.


Nota: jangan pandang-pandang. Aku cucuk matamu! ihih.

S.A.Y.A.N.G

Sayang kekasih
Hilang, ada gantinya

Sayang teman
Hilang, ada gantinya

Sayang keluarga
Hilang, mana mungkin ada gantinya


Nota: hargai selagi masih ada. Jangan sampai menyesal belakang hari

Aku Kena Saman

Seronok memandu sambil bibir kumat-kamit mengikut lirik lagu nyanyian Jamal Abdillah, Antara Yakin dan Curiga tajuknya. Aku tekan minyak sedikit untuk menambah kelajuan kereta yang tetap berkelajuan yang sama walau dalam aku injak minyaknya.

Teet! Teettt!

Kereta aku perlahankan sedikit. Ayam siapalah yang banyak betul di jalan raya ni. Kalau siang tidak apa, ini tengahari. Aku pun meneruskan perjalanan ke sekolah adikku. Tinggal 2 minit lagi adikku akan keluar. Aku injak dalam lagi minyak kereta dan kereta itu bergerak sedikit pantas berbanding tadi. Perlu kekerasan agaknya kereta ni. Sampai di selekoh aku melihat objek kecil melompat di depan kereta. Aku abaikan. Katak agaknya. Biasalah tu katak mati atas jalan raya. Memang tradisi.

Seikhlas mana kasihmu
Kejujuranmu
Hati dan diriku
Di antara yakin dengan curiga~~~

Tepat lagu Jamal Abdillah Antara Yakin dan Curiga habis diputar setibanya aku di sekolah adikku. Aku larikan mataku ke pagar sekolah menjenguk adikku. Adikku tersenyum riang menuju ke arahku sambil menarik beg sekolahnya berhiaskan gambar Princess. Tanpa berlengah aku mainkan kakiku dengan kawalan minyak dan clutch. Kawalanku memang mantap. Tapi kadang kala gostan juga.

40 km/j... ku pecut. Sekilas berlalu dengan kereta.

60 km/j.... ku pecut. Sekilas berlalu dengan lembu. Maklumlah orang Kota Belud.

90 km/j..... ku pecut. Sekilas berlalu pula dengan kawasan perkuburan.


Baju Kuyak

Baju saiz S, badan saiz XL
Badan saiz XL pakai baju saiz S?

Dipaksa juga
Badan XL kini disarung baju saiz S

Macam sempit, macam semput
Keluar benjolan tepi pinggang kanan dan kiri
Ops, bahagian depan pun ada?

Aish! Nasib nda kuyak baju tu!


Nota: ukur baju di badan sendiri