My Favorite Quote

Assalamualaikum~

Quote ni kadang kala mampu memberi kita semangat. Bukan saja semangat malah mampu untuk merangsang kita untuk menghadapi sesuatu dan faktor menjadikan kita untuk mampu melakukan apa sahaja atau lebih tepat lagi sebagai pendorong semangat. Cakap mulut berapi sudah aku ni. Kalau aku, aku paling suka dengan QUOTE ini yang dipetik dari watak "The Mask" lakonan Jim Carrey. Salah seorang pelakon yang aku minati juga. ngehehe...

Telur Ayam Melantun

Telur ayam melantun? Betulkah telur boleh melantun? Betul! Tapi, apakah yang boleh menyebabkan telur boleh melantun? Sila pilih salah satu:
a) menggunakan pita pelekat
b) menggunakan cuka


Jawapan sebenar ialah...

Paling Pantas tuk Dicintai

Assalamu'alaikum..!
Entah kenapa ya? Hari ini hatiku lara semacam. Bukan mahu riak atau menunjuk-nunjuk. Tapi tiba-tiba aku teringat dosaku. Maha besarnya dosaku pada kedua orang tuaku. Aku tak mahu bongkar segala salah silap dan dosa-dosa yang telah aku lakukan di sini. Semua tu biar Allah saja yang membalasnya. Semoga dengan secebis kesedaran ini membuat aku tak terus terleka dengan duniaku.

Ingin aku ajak kalian kembali ke suatu saat di mana kita tak punya apa-apa selain kedua orang tua kita. Semoga bukan di kalangan kita. Tapi masih ada manusia yang sanggup memperlakukan ibu bapanya seperti orang asing.

Bukan 1 Tapi 2

Assalamu'alaikum..!
25 Januari 2011. Selasa. Seawal 8.15 pagi. Aku {Zurina}, kandaku {Alfian} dan sepupuku {Anis} bertolak ke Kokin untuk menghadiri sebuah taklimat kerjaya {Biasalah orang menganggur mesti rajin. Rezeki takkan datang bergolek}. Dalam perjalanan, tiba-tiba jalan jammed. Rupanya ada kemalangan jalan raya. Bukan satu, tapi dua kemalangan. Wow! Gawat ni.

Selamat Tinggal {Pamit}

Assalamu'alaikum..!

Hari ini aku ingin berkongsi lirik sebuah lagu lama dendangan Broery Marantika. Layan~~~

Izinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu

Trial Version

Assalamu’alaikum..!

Hi! Don’t be shocked. It’s me, Zurina. Hmm, I don’t know how to start. Actually I’ve been tagged by my 2011’s bestfriend {Aznieza Maksit} to answer some question. It is in english, so I think I want to answer it in english too. To test how advance and how funny my english usage is. Ahaha.

Tinta Kalimah

Takkan mungkin sama!
Hanya dirimu!
Kaulah yang satu!

Ayat yang selalu diungkapkan oleh manusia-manusia yang pernah berkasih lalu putus di tengah jalan. Tidak akan ada pengganti diri si dia. Tidak kisahlah ia ditinggalkan atau ia yang meninggalkan. Tapi, bila aku fikir-fikirkan macam ungkapan ni tidak boleh pakai.

Hampir-hampir aku setuju dengan ideologi sebuah filem Hindustan bertajuk “Rab ne bana de jodi”. Aku tidak ingat keseluruhan kata-katanya, tapi ada part yang mengatakan bila mencintai pasti sakit [Broken heart].

Pantulan Kata

Seorang teman pernah berkata. Aku ada trauma. Aku pelik. Aku perfectionist. Segala macam. Dulu, aku tak mengaku apa yang orang katakan padaku. Tapi, bukankah itu egois? Egois itu bahaya. Bisa memakan diri.

Syarikat WSB Sdn. Bhd.


Di sebalik kemewahan yang aku & keluargaku nikmati kini, tersembunyi berjuta kepayahan yang harus aku lalui. Seawal tunas & bibit. Belajar mengenal erti & teori. Payah! Hitam, kabut, serabut. Orang berjalan, aku merangkak. Orang mendongak, aku menunduk. Semakin aku kenal erti hidup. Payah! Perit, sakit, pahit.

Di kota metropolitan yang sangat moden, terpacak sebuah syarikat yang sangat gah segah namanya, iaitu Syarikat WSB Sdn. Bhd. Syarikat ini mula diilhamkan dan sehingga kini diterajui oleh seorang lelaki budiman lagi kacak, Dato' Alfian. Oleh kerana tidak sukakan publisiti, Dato Alfian lebih suka menggunakan nama samarannya Dato' Bobby. Beliau merupakan abang kesayanganku. Awal penubuhan syarikat ini, Dato' Bobby hanya berniaga barang-barang elektrik terpakai yang terdapat di rumah kami. Berpejabatkan bilik tidurnya yang usang dan sedikit berbau. Entah? Tak dapat dibezakan samada bau stokin atau bau badan. Dato' Bobby sangat komited di dalam menjayakan perniagaannya. Aku ni tak pandai sangat berniaga. Tapi atas dasar kasih dan sayang [atau lebih tepat lagi menganggur], aku sentiasa menjadi pendamping dan penyokongnya walaupun bondaku kadang bising kenapa tak pandai cari kerja kerajaan. Lama-kelamaan aku kesiokan. Aku memandai-mandai melantik diri menjadi personal assistantnya.

R.I.N.D.U


Aku mudah dirindui seseorang. Ini kerana aku mudah merindui seseorang.

Bila saja aku merindui seseorang, aku yakin orang itu juga sedang merinduiku.

Maafkan aku kerana membuatkanmu rindu padaku.


p/s hadir tanpa alasan & paksaan

Ikatan Hati Vol. 2

Ikatan Hati Vol. 1

Kami
...

Perkataan tu bagai tidak mahu lari dari kotak fikiran

tetap berkeras mahu dikenang

tetap berkeras mahu diingat


Kami
...
sangat indah
sangat sangat sangat!

Kami
...
Sebuah kenangan paling manis
Mungkin tidak akan berulang
Walau aku pelihara Doraemon
Walau aku hidup di zaman Albert Einstein
Semua tak akan berundur
Semua tak akan kembali

Setiap kami mesti percaya...
Suatu hari akan bertemu dengan yang lain,
yang memang tak sama

Tapi setiap kami...
akan menyayangi insan yang datang dalam hidup,
seperti mana kami menyayangi kami...


p/s akan selalu merindui kalian

Makhluk Bodoh

Saat aku tertawa
terlupa sejenak kesengsaraanku
bukan itu sahaja
juga terlupa pada tanggungjawabku
dan yang paling teruk
terlupa pada Penciptaku


Bodoh punya manusia!
bila senang mudah melupakan
bila susah takdir pula disalahkan
animisme pun mungkin tak sebodoh itu!
Dunia nak kiamat barangkali.


p/s bila hidup bertuhankan hawa nafsu

Luah @

Mata & Bahu

Kasihan orang tua itu
anaknya bagai tak hirau padanya

umur selewat 80an

masih dibiar mencuci pakaian sendiri

makan sendirian di atas lantai


Kasihan si ibu itu

perawannya gagah & tegap

tapi salah memilih jalan

mujur dapat diselamatkan

namun masih tak punya kesedaran

hidup terpaksa si ibu yang tanggung


Kasihan si ayah itu

hidup bertemankan masalah dan derita

umpatan dan kata-kata orang

ditelan saja walaupun pahit


Kasihan, kasihan, kasihan...

andai aku punya harta

andai aku punya uang

pasti takkan ku biarkan.


p/s berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Bicara @

Khairul Fahmi Che Mat akan ke Manchester United?


Assalamualaikum~
Kian melonjak nama penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat selepas beraksi sangat cemerlang sepanjang kejohanan Piala Suzuki AFF 2010. Namanya juga menjadi trend ke-5 tertinggi di laman sosial Twitter masa tu. Tabik spring la bro. Memang teruja berabis tengok aksi LiVE skuad Malaysia.


Selamat Kembali ke Sekolah

Assalamu'alaikum..!

Apa khabar adik-adik semua? Esok, 3hb Januari dah mula sesi persekolahan yang baru untuk tahun yang baru, tahun 2011. Di sini, kak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat adik-adik. Yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM,STPM, STAM, semua-semua ujian, kak doakan kecemerlangan untuk adik-adik. Tapi, doa kakak saja tak cukup tau. Adik-adik kena pasang azam & berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat keputusan yang cemerlang, dapat 5A , 8A, 10A1, PNGK 4.00. Lepas tu berdoa & berserah saja padaNYa. Apa pun yang Dia berikan kita terima saja dengan hati yang terbuka.

Bagi adik-adik yang sudah lepas ujian-ujian yang kak sebut di atas, alhamdulillah. Pada yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang, kak ucapkan tahniah! Pada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha. Kehidupan kita belum berakhir, masih banyak yang perlu adik-adik tempuhi. Kuatkan semangat & berusaha lebih keras untuk mencapai cita-cita pada masa depan. Yang penting jangan lupa "senyum selalu".

Okay, kakak tak mahu cakap banyak. Kakak harap adik faham tanggungjawab adik-adik sebagai seorang anak, seorang murid, seorang manusia. Jadilah anak yang taat & patuh pada ibubapa, murid yang mendengar kata-kata guru & manusia yang berguna kepada masyarakat.

- Budak comel ni excited sangat ke sekolah -

p/s Jangan terlampau jajal. Jajal sikit boleh, tapi jajal yang baik... ^_^


Bicara @

Selamat Datang 2011

Assalamu'alaikum..!


Hari ini bermulalah hari baru dalam tahun baru. Selamat datang 2011..! Apa macam? Ada kemajuankah? Atau masih berada di gerabak yang sama? Masih dalam kesuraman, kegelapan, kehitaman, kemurungan, kekecewaan, semua-semua kesedihan. Aku harap semuanya baik-baik saja ya.


Sudah pasti bermacam-macam yang kita alami sepanjang tahun 2010 yang sudah berlalu meninggalkan kita. Ada yang sedih ada yang gembira, ada yang pahit ada yang manis, ada yang yang hitam ada yang putih, semuanya saling melengkapkan. Cuma, semoga apa yang telah berlaku biarlah berlalu. Teruskan pandang ke hadapan. Yang baik kita jadikan pedoman & yang buruk kita jadikan sempadan. Selamat tinggal 2010..! Orang cakap tahun baru, azam baru, orang baru, barang baru, semua baru. Terpulanglah pada kalian bagaimana untuk mendefinisikan maksud tahun baru. Terpulanglah pada kalian bagaimana untuk meraikannya, samada dengan party, maginum, melihat bunga api, buat seks, mandi telanjang di laut, atau berteriakan di rumah. Buat saudara Islamku, aku harap janganlah sampai melanggar perintah agama.
Di sini, aku hanya ingin katakan: It's a new day! Wake up! Hari esok pasti akan ada melainkan kuasa Allah yang meniadakannya. Cuma kita tak pernah pasti samada hari esok akan jadi milik kita atau tidak. Jalani hari yang masih milikmu & berusahalah bersungguh-sungguh seolah-olah kau tak akan bertemu lagi dengan hari esok. Semoga bertemu success didalam pengembaraanmu..!

p/s Senyum selalu! (^_^)